Projek 1MDB Mula Jana Keuntungan, Kerajaan Baru Boleh Ambil Kredit Kata Najib Razak

BLogTips
Alhamdulillah.

Fasa 1 Projek TRX bernilai RM40 bilion dari 1MDB sudah hampir siap walaupun telah tertunggak setahun selepas PH menang PRU14.

Apabila semua fasa-fasa projek ini siap, sebanyak 250 syarikat dan firma antarabangsa akan beroperasi di sana dan menjanakan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung termasuk 40,000 pekerjaan bergaji tinggi.

Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia akan ada daerah kewangan (financial district) yang khusus.

Saya masih ingat masa dulu, mereka tuduh projek ini tidak wujud.

Hanya lubang ditanah, kata mereka.

Tapi saya tak pernah tengok ada lubang setinggi ini.

Dulu mereka juga tuduh 1MBD beli tanah ini dengan sangat murah dari kerajaan.

Tapi apa yang PH tidak pernah bagi tahu juga ialah penjualan ini juga termasuk syarat bahawa 1MDB perlu tanggung kos permindahan dan kos ganti-rugi untuk penghuni-penghuni yang sudah ada di sana selama berpuluh-puluh tahun.

1MDB juga diperlukan untuk tanggung kos membina infrastruktur termasuk beberapa jalan terowong di sana untuk mengelak kesesakan trafik di sana yang biasanya perlu ditanggung oleh kerajaan.

Maka kos sebenar 1MDB termasuk syarat-syarat ini untuk mengambil tanah TRX dari kerajaan ialah sekurang-kurangnya RM3.5 bilion.

Tahun lepas, Menteri Kewayangan kita mengaku bahawa projek TRX akan untung dan mampu membayar balik hutang 1MDB.

Kini, kerajaan PH bolehlah ambil kredit.

Ambil kredit tak apa.

Asalkan ekonomi negara dirancakkan dan peluang pekerjaan tetap diwujudkan oleh projek ini.

#FitnahSudahMenang

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/02/12/rm40-billion-trx-to-welcome-first-tenants-in-june/

Boleh baca laporan media pagi ini juga:

The finance minister added that a review by his ministry revealed that the government could recover all its opportunity costs and investment sunk into the TRX.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/12/finance-minister-confirms-yen-bonds-to-be-issued-next-month/1722150

Kredit FB Najib Razak