Kajian Rupanya Minum Tea Boleh Menyebabkan Kematian Dan Kanser?

BLogTips
Minuman Tea adalah antara minuman paling popular di seluruh dunia seperti kopi atau coklat. Namun tahukah anda meminum tea boleh menyebabkan kematian dan kanser?

Ini nasihat dari pakar kesihatan..

Tunggu teh panas sejuk sedikit sebelum di minum, kerana meminum teh yang terlalu panas tidak begitu baik untuk kesihatan!

Sekiranya anda gemar meminum teh yang terlalu panas ( melebihi 60 c) setiap hari, risiko untuk mendapat kanser esofagus akan meningkat 90%.

Hasil kajian ini diperolehi setelah mengkaji lebih 50 ribu individu di Iran Utara.

Sebenarnya, sebarang bentuk iritasi berterusan kepada permukaan saluran pemakanan (esofagus) akan menyebabkan risiko kanser.

Info : Public Health Malaysia

Selain air panas, iritasi ini termasuklah asap rokok, refluks dari asid perut dan alkohol.
.

Setiap tahun, 400 ribu individu maut akibat kanser esofagus. Terkini pelakon tempatan terkenal, Arwah Zaibo juga meninggal akibat penyakit ini.