Kajian Anak Yang Memakan Tahi Hidung Lebih Pintar Malah Sebagai Ubat HIV #anak #child

firaz
Sejak dari kecil, tabiat mengorek hidung dianggap sebagai perbuatan yang menjijikkan. Bukan sahaja kotor, malah perbuatan itu boleh mencederakan kulit yang rapuh di dalam hidung, berupaya meningkatkan risiko jangkitan sinus yang menyakitkan.

Bagaimanapun dalam kajian yang dilaporkan Daily Mail mendakwa, individu-individu yang gemar mengorek hidung mereka sebenarnya lebih sihat dan menjadi alasan yang baik mengapa ibu bapa perlu membiarkan anak mereka meneruskan tabiat yang menjijikkan tersebut.

Pakar paru-paru Austria, Professor Friedrich Bischinger, berkata, "Makan sisa-sisa kering (tahi hidung) yang dikorek dari hidung adalah cara terbaik untuk menguatkan sistem imun badan. Dari segi perubatan, ia adalah masuk akal dan satu perkara semula jadi yang sempurna untuk dilakukan.

"Dari segi sistem imun, hidung berfungsi sebagai penapis di mana banyak bakteria-bakteria yang dikumpulkan dan apabila campuran itu tiba di bahagian usus, ia berfungsi sama seperti ubat," katanya.

Sambung baca disini