Kaki Imran mungkin akan diptong selepas gigitan serangga di kaki dijangkiti bakteria pemakan daging
Kebiasaannya kita mengabaikan kesan gigitan serangga kerana ia akan pulih sendiri dalam masa yang singkat. Namun, kita selalu dinasihatkan untuk tidak menggaru kesan gigitan itu secara berlebihan.
Seorang ibu di Singapura baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada 17 Januari lalu di mana anak lelakinya yang berusia dua tahun, Imraan Danish, dijangkiti bakteria pemakan daging selepas kaki kanannya digigit serangga.
Menurut si ibu, dia berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu orang ramai mengambil maklum dan tidak memandang ringan dengan kes-kes kecil seperti ini terutamanya jika mereka merasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Segalanya bermula dari gigitan serangga yang kemudian menjadi luka kerana mungkin dia garu kesan gigitan itu lalu dijangkiti bakteria sehingga menembusi sistem badan dan mula menjejaskan badannya.
“Di mana dan serangga apa yang menggigitnya, kami tak dapat jawab persoalan itu,” katanya.
Difahamkan, mangsa mengalami demam panas yang melampau tetapi selepas diberi ubat, Imraan kembali pulih.
Si ibu tidak menyangka apa-apa yang buruk akan berlaku sehingga dia mula menyedari keadaan anaknya semakin teruk dan terus dihantar ke hospital, ditahan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.
Kenali Jenis Serangga Disini