Cukai Taksiran Bakal Dinaikkan Sehingga 30% Tahun Hadapan Kerana Perbelanjaan PBT Meningkat?

firaz
Exco Kerajaan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo umumkan bahawa cukai taksiran tahunan akan dinaikkan tahun depan kerana perbelanjaan majlis-majlis tempatan negeri telah meningkat setiap tahun dan telah mengalami defisit sejak tahun 2016.

Media Sin Chew melaporkan kenaikan ini adalah sehingga 30%.
Walaupun Jagdeep kata ini adalah kenaikan pertama sejak 15 tahun dahulu (2005) tapi cukai taksiran sebenarnya telah dinaikkan oleh kerajaan DAP pada tahun 2015 juga.

Apabila mereka mengumumkan kenaikan itu, mereka juga memberi alasan sama bahawa cukai tidak dinaikkan sejak tahun 2005.

(kalau alasan baik, boleh-lah recycle alasan dua kali untuk naikkan pada tahun 2015 dan tahun 2020).

We’ve not increased the rates since 2005. kata Chow Kon Yeow apabila mengumumkan kenaikan cukai untuk tahun 2015 yang meningkatkan kutipan hasil cukai taksiran sebanyak 15%

Baca Lagi Disini