Kami menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap dalam bilik berkenaan sebelum mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram manakala wanita itu mendakwa dia berstatus janda.
"Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lelaki yang hanya bertuala manakala pasangannya berpakaian lengkap. Mereka berdua juga dipercayai berkhalwat kerana tidak mempunyai hubungan yang sah,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya lagi, dua wanita terbabit mengaku bahawa mereka adalah adik beradik kandung selepas siasatan mendapati nama bapa yang tertera pada Mykad mereka adalah serupa.
“Siasatan awal, wanita yang dipercayai kakak mempunyai seorang anak manakala adiknya pula mempunyai dua anak".
Baca Cerita Sepenuhnya Disini