Rakyat Malaysia Disaran Menggunakan Minyak Petrol Petronas Untuk Pergerakan Rentas Negeri Bermula 10 Jun Ini

firaz
Umum mengetahui bahawa 10 Jun 2020, rakyat Malaysia di benarkan untuk membuat pergerakan rentas negeri selepas selama 3 bulan di kenakan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac 2020.

Sejak dari hari tersebut, ekonomi Malaysia telah jatuh dan kerajaan terpaksa mendapatkan bantuan kewangan dan peralatan PPE daripada syarikat utama negara dan orang awam.

Petronas adalah salah satu syarikat utama negara yang telah memberi sumbangan kewangan dan peralatan ppe kepada KKM. Berjuta ringgit telah di keluarkan untuk membantu kerajaan.

Oleh itu, selaras peribahasa Melayu "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" amatlah wajar bagi rakyat Malaysia membalas budi Petronas dengan menggunakan minyak petrol dari stesen minyak Petronas untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula 10 Jun ini.

Keuntungan kepada Petronas pasti akan menguntungkan negara jua.