Liquor Banned In Kuala Lumpur, Pemuda Pas Ucap Tahniah, DAP Bantah

firaz
0

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional khususnya buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) kerana akan menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka serta garis panduan yang baharu untuk penjualan minuman keras di Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.


Dengan penguatkuasaan tersebut tidak bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibenarkan meminum minuman keras tetapi saya percaya ia lebih kepada usaha Kerajaan untuk mengawal penjualan minuman keras agar ia berada didalam lingkungan undang - undang dan garis panduan yang telah ditetapkan.

DAP BANTAH PENGHARAMAN JUALAN

PEMUDA PAS PUJI ANUAR MUSA

Masyarakat bukan Islam masih lagi dibenarkan membeli minuman keras seperti biasa tetapi di premis - premis yang diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Langkah tersebut dirasakan bertepatan dengan keadaan semasa dimana Kerajaan berusaha untuk membendung penyalahgunaan penjualan minuman keras.

Syukur ke hadrat Allah SWT, semoga rakyat dan bumi Malaysia akan terus dirahmati dan diberkati.


Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)