Korang sedar atau tidak, dah 40 tahun rakyat Malaysia makan daging yang tidak disembelih dengan ikut syarak Islam jadi hidangan rakyat Malaysia?
40 tahun adalah tempoh yang panjang malah admin pun masih belum lahir ketika kartel ini wujud. Malah penjawat awam yang ambil rasuah tu juga mungkin dah bertukar orang. Mana ada penjawat awam yang buat kerja sama selama 40tahun.
Mereka pasti berpindah atau bertukar jawatan ke jabatan lain. Maka rasuah dari kartel ini telah jadi harta pusaka yang berpindah kepada penjawat awam yang diberikan tugas di situ.
Malas tulis isu penjawat awam nie.. Tapi nak tulis isu bersyukur selepas 40 tahun, kita dah dapat makan daging halal semula.
Apakah ini hikmah dari Pas yang jadi kerajaan? Entah lah labu.. Saya pun tak tahu. Saya hanyalah ikan.
Sudah 40 Tahun Kartel Daging Halal Palsu beroperasi di Malaysia tercinta ini.
Ia di sokong oleh pegawai pegawai PECAH AMANAH DAN RASUAH dengan nilai sehingga Rm3000 satu kargo untuk dilepaskan sebagai rasuah, juga wanita cantik untuk habuan Sex.
Goodluck lah pegawai-pegawai tu di akhirat kelak. Mewah tara mana sangat kat dunia ni dan lama mana sangat pun. Average hidup 60-70 tahun je, tu pun umur 70an 80an dah tak dapat nak nikmati dah kemewahan tu.
Tunggulah azab jutaan trillion tahun kelak kerana menganiaya jutaan umat Islam di negara ini.
Yang khianat dengan projek NFC tu pun samalah. Rm253 juta tu.
Sepatutnya dengan projek fidlot tu, Malaysia dah mampu supply daging tempatan untuk keperluan dalam negara. Tapi, projek tu apa jadi? Google lah foto terkini NFC Fidlot di Gemas tu.....
Korang baca lah sendiri...
https://sea.mashable.com/culture/13752/malaysian-muslims-have-been-eating-fake-halal-meat-for-40-years
Macam mana nak jadi Hub Halal Asia dan Global kalau pemberi rasuah dan pemakan rasuah bertebaran bebas dalam negara?
Sekarang ni, faham tak rasuah ni merosakkan bangsa, agama, negara, alam sekitar, bahkan merosakkan dunia dan akhirat? Ia bukan dosa individu, ia melibatkan semua orang dalam skala yang besar.
Adalah sangat pelik jika pesalah Rasuah boleh dipuja masyarakat dan di angkat menjadi hero....
Ini salah satu yang dikesan...rantaiannya besar.. yang lain?