Lebai Kampung Persoal Masjid Tutup Tetapi Orang Politik Boleh Berhimpit

firaz
0

SUDAH TIBA MASANYA MENTERI AGAMA KAJI SEMULA LARANGAN SOLAT BERJAMAAH DI MASJID



Gambar tertera sidang media Tun M dan Ku Li kelmarin memperlihat di mata rakyat terutamanya umat Islam betapa terdapat bias atau ketidakadilan berlaku antara dua darjat. Sila beri perbezaan antara berkumpulnya wartawan berita melanggar SOP dengan jamaah solat berjamaah yang mengikut SOP.


Saya tidak mahu mengulas dan memberi komen panjang lebar, tetapi sebagai Menteri Agama beliau seharusnya peka dengan lebih memahami isu keagamaan khusus dalam bab feqah iaitu SOLAT BERJAMAAH DI MASJID. 


Cuma mungkin ada sebaris peringatan yang bole direnung-renungkan bersama iaitu; 


“Bagaimana wabak yang ditakdirkan dari Allah Ta’ala ini akan terhapus sekiranya kita sendiri menjadi penghalang bagi umat Islam berdoa berjamaah mohon wabak dihapuskan?”


Nasihat saya pada Menteri Agama sebelum beliau membuat kerosakan bukan hanya terhadap agama tetapi juga bakal menimpa ke atas dirinya apabila kemampuannya melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Agama akan dipandang sinis oleh rakyat sebagai menteri yang gagal menjalankan amanah sebagai MENTERI AGAMA.


#lebaikampung

Link Artikel klik disini


Nota: Mohon netizen tular sehingga status ini sampai ke meja Menteri Agama.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)