BANTUAN JARINGAN PRIHATIN BERBALOI KE TIDAK BUAT RAKYAT B40?

firaz
0
Bermula MEI 2021 rakyat Malaysia telah di berikan bantuan berupa rebat smartphone atau data internet bernilai Rm300 atau Rm180 mengikut kategori kelayakan masing masing.


So nak lah cerita pengalaman mencari produk smartphone nie di stokis syarikat telco.

Selain walk in anda juga boleh menuntut rebat tersebut secara online mengikut website syarikat telco yang anda inginkan.

Ade pelbagai tawaran yang di sediakan syarikat telco. Bezanya hanyalah bayaran yang anda mampu keluarkan secara bulanan untuk mendapatkan rebat tersebut.

 So nak jadi cerita aku pergi lah ke stokis Digi. Sebab digi menawarkan telefon percuma dengan pakej prepaid selama 3 bulan. Dapat pulak telefon samsung A02 yang terbaru. Spec telefon biasa2 aje. Tapi boleh lah nak play video untuk pembelajaran anak di rumah.


Malangnya stok produk dah habis. Hanya tinggal pakej pospaid yang perlu di bayar rm30 selama setahun. 

So cancel lah nak tebus telefon dengan digi.

Beberapa hari kemudian try pula ke celcom.

Bayar Rm99 dapat telefon samsung A02 dengan kontrak setahun postpaid Rm38 sebulan. Data 8Gb internet dengan unlimited call dan media sosial termasuk Youtube.

Malas pikir panjang ambik lah jugak telefon samsung nie. Tapi bila pikir balik rugi sebenarnya ambik samsung A02 nie. Elok jika tambah beberapa ratus lagi untuk model telefon yang lebih baik dengan Digi Postpaid rm30 tu.

Mana yang belum tebus tu, pergi ler cepat.. sebelum julai 2021 bantuan nie akan tamat tempoh.

*testing tulis blog guna samsung A02.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)