Pisang Goreng Pisang Goreng Panas Panas. Menu utama rakyat Malaysia untuk santapan pada petang hari. Sedap dimakan bersama air kopi O cap Piala.
Jadi disebabkan PKP ramai orang yang kurang bernasib baik di buang kerja atau kehilangan punca pendapatan. Maka berniaga di tepi jalan adalah salah satu cara mudah untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarga.
Disini seorang peniaga goreng pisang selama 15tahun berkongsi resepi tepung goreng pisang beliau yang Crispy dan Ranggup.
Boleh lah untuk sesiapa mencubanya di rumah terlebih dahulu sebelum cuba membuka gerai pisang goreng di tepi jalan.
Salam semua..musim pkp nie payah nk mkn pisang goreng kan... Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yg rangup... Doakan sy sekeluarga dimurahkan rezeki..
Ini resipi abg sy niaga hampir 15tahun
Tepung beras 3 paket(1.5kg)
Tepung gandum 500g
Garam secubit
Gula sesenduk kecil
Kapur sebesar ibu jari
Telor.sebijik
Dan serbuk kunyit satu sudu
Bancuh jgn terlalu cair.. pekat sedang2 ngam..