Telefon Terbang Bakal Dikeluarkan Oleh Negara China

firaz
0

Vivo Memfailkan Paten Untuk Kamera Telefon Pintar Terbang

Vivo ni, apa yang pelik sedara sedari? Tiada apa yang pelik untuk syarikat ini. Apa yang orang selalu katakan sebagai tidak boleh, mereka bolehkan.



Abam malas nak selak balik sejarah vivo. Tapi kalau ramai yang masih ingat, vivo selalu menjadi yang pertama dalam sesuatu inovasi dan evolusi, contohnya kamera hadapan pop-naik, pengimbas cap jari dalam paparan, dan kamera gimbal.


Terkini,vivo sedang menguji sesuatu yang lebih futuristik.


Vivo telah mengajukan paten untuk kamera telefon pintar yang boleh ditanggalkan (detachable) dan terbang.


Ya, kamera akan keluar dari telefon dan terbang ke udara untuk memberi pengguna peluang mengambil gambar dan video dari sudut yang lebih fleksibel, dinamik, dan kreatif.


Modul kamera tersebut mempunyai empat baling-baling (propellers), dua kamera ganda, tiga sensor jarak inframerah dan bateri tambahan.


Semasa dalam penerbangan, sensor jarak digunakan pada modul kamera terbang daripada melanggar objek lain dengan menghitung jarak dari kemungkinan bahaya untuk mencegah pertembungan di udara.


Semasa di udara, kamera akan dapat mengubah kedudukan, tidak ubah seperti drone. Walaupun drone berkamera bukan perkara baru, tetapi vivo ialah syarikat pertama dengan drone berkamera yang dimuatkan dalam telefon pintar.


Sumber: https://nl.letsgodigital.org/smartphones/vivo-smartphone-vliegende-camera/

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)