Android Box Haram, Netizen Kecam Mufti Berat Sebelah

firaz
0

Tadi mufti keluarkan fatwa yang hukum membeli Android Box yang di dalamnya ada kandungan atau mengakses content tv berbayar seperti Astro adalah haram.



Yer ramai orang beli Android Box sebab nak tengok movie dan Astro free.


Bila mufti keluarkan hukum maka ramailah melenting.


Orang melayu Islam sendiri bukan main melenting, katanya mufti berat sebelah, katanya mufti sokong Astro sedangkan Astro  itu menindas pelanggan.



Sedih baca komen orang islam kita ni. Dah kau tak nak dengar cakap mufti kau nak dengar cakap siapa?


Astro adalah siaran berbayar, tak kiralah dia ulang cerita beratus kali, dia mahal ke dia apa ke tapi content dia itu hak dia. Dia beli dari pengeluar konten dan dia tayangkan.


Kita ada pilihan untuk tidak langgan dan tidak tengok kalau kita rasa Astro menganiaya kita. Tapi sebab kita nak juga tengok Astro maka kita beli android box yang didalamnya sudah ada apps astro yang di"hack" untuk kita akses siarannya.


Jadi sebab itulah hukumnya haram. Haram sebab siaran itu dicuri. Siaran itu hakmilik Astro, kita pi tengok free tak berbayar semua channel dia, semua movie dia.


Kalaupun Astro tu pencuri dan penyangak, tindakan kita pergi curi pula dari penyangak itu tidak menjadikan perbuatan kita tadi harus. Ianya tetap haram, sebab mengambil atau menoton yang bukan hak kita. Hukumnya berdosa.


So, kalau kau rasa nak sangat tengok Astro maka langganlah. kalau rasa mahal kau langgan Netflix, atau Iflix, atau Unifi Tv atau apa sahaja? Tapi yang lain tak best macam Astro kan? So kau nak jugak Astro sebab ada Maharaja Lawak Mega?


Kau kalau jadi pengeluar konten, atau conten creator ni dan kau mengharap hasil langganan orang atau bayaran orang untuk tonton konten kau tapi orang pakat copy paste dan pakat tonton free. Sedih kau, kecewa wehh.


Ada pula... sambung baca sini

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)