Kerajaan sepatutnya ada sistem tapisan ketat terus kepada mereka yang berpendapatan rendah B40 dan perlu mengikut kepada tahap tapisan yang ditetapkan itu sebelum meluluskan rumah subsidi untuk golongan tersebut,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Menurutnya, penjualan rumah subsidi untuk golongan sasar itu dilihat seolah-olah tidak ditapis sehingga ada golongan kaya pun boleh membelinya.
Menurut beliau, apa yang lebih dikesalkan golongan yang berpendapatan tinggi ini pula seolah-olah tidak berhati perut hanya memikirkan periuk mereka sahaja dan keuntungan mereka sahaja yang mahu ditambah berlipat kali ganda walaupun tergamak mengambil hak orang lain.
“Walaupun duit anda banyak tetapi belilah rumah yang selayaknya anda beli jangan dirampas hak mereka golongan berpendapatan rendah,” tegasnya.
Menurut Nadzim, mereka yang dipertanggungjawabkan juga perlu memastikan rumah itu sampai dan dijual ke tangan golongan sasar yang sudah ditetapkan. Jika tidak sampai maka di situlah berlakunya ketirisan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan pihak yang sepatutnya berhak tetapi terus dikesampingkan.
(samudera.my)
“Perjuangan Demi Pengguna”
Perjuangan PPIM takkan pernah tamat. Suara-suara pengguna Islam dan Malaysia akan terus jadi keutamaan PPIM.
Ayuh bersama kami untuk menyuarakan hak-hak pengguna dan membela nasib mereka yang ditindas untuk mendapatkan keadilan!
Jika anda ingin memberikan sumbangan sebagai tanda sokongan, ia boleh dibuat melalui:
https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM