Pakaian Nurse Ketat; Netizen Setuju Pakaian Seragam Nurse Mengimut Hospit Swasta Yang Longgar Dan Selesa

firaz
0

Persoalan yang patut ditanya ialah adakah masih wajar nurse pakai uniform yang sekarang ni. Pernah ke gov buat survey, nurse-nurae selesa ke pakai baju putih and kain tebal sebagai uniform. Seluar iron tajam.


(1) 6 Jenis Seragam Jururawat Atau Bidan Di Hospital


(2) Pakaian jururawat wanita semakin ketat? 


(3) Ingin menjadi jururawat, kenali warna jalur berbeza setiap jururawat 


Cuba tengok dekat US/UK, most nurse dah pakai scrubs sahaja ketika bertugas. Lebih selesa berbanding pakaian yang mengimut bentuk tubuh.




Pakaian jururawat di hospital boleh berbeza mengikut jenis tugas dan pangkat mereka. Ada beberapa jenis seragam jururawat atau bidan di hospital, seperti¹:


- Jalur Ungu: Jururawat Masyarakat (bidan terlatih) — memberi perkhidmatan kesihatan kepada para ibu mengandung, menyambut kelahiran, perkhidmatan kesihatan anak, lawatan ke rumah dan perancang keluarga.

- Jalur Biru: Jururawat Terlatih (Misi) — memberi ubat, memantau tanda vital pesakit, membantu penjaga menguruskan aktiviti harian pesakit, dan melakukan prosedur klinikal. Jururawat lelaki pula berjalur biru di bahu dan berseluar hitam.

- Jalur Kuning/Jingga: Jururawat Pergigian — memberi ceramah penjagaan gigi di sekolah, serta memeriksa dan mengatur rawatan pesakit. Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) yang berjalur jingga pula membantu doktor pergigian dalam perawatan.

- Baju Biru Muda: Ketua Jururawat (Sister) — menguruskan jururawat dalam mentadbir urus sesebuah klinik dan wad.

- Baju Biru Gelap: Ketua Penyelia Jururawat (Matron) — memastikan jururawat sentiasa mengikut prosedur dan tatacara yang digariskan oleh pihak hospital.

- Warna Lain: Jururawat di fasiliti kesihatan swasta mempunyai warna seragam yang pelbagai.



Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)