Arsenal Mengoyak Tawaran £35Juta Inter Milan Untuk Folarin Balogun

firaz
0

Arsenal dilapor telah meludah tawaran pembukaan sebanyak £35juta daripada kelab M40 Itali Inter Milan bagi mendapatkan penyerang muda ajaib mereka Folarin Balogun sambil memekik-mekik di telinga kepimpinan tertinggi kelab Serie A itu bahawa harga tapak Balogun bermula daripada £50juta.



"Kalau nak murah beli sahaja permain lain seperti Romelo Lukayu mahumun Harey Maguire," ujar pengarah pemasaran Arsenal, Acey Pune.


"Jika Rasmus Hojlund yang hanya mampu menjaringkan 9 gol dalam satu musim dibeli pada harga tiada otak sebanyak £73juta, mengapa pula Balogun yang telah menghasilkan lebih daripada 20 gol harus ditawarkan dengan harga yang lebih rendah?" jelas Pune lagi yang dilihat kurang berpuas hati ketika ditanya oleh wartawan Vietnam, Nguyet Kbao Kap.


#acikpunai

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)