KEMASKINIA. MALAM TADI. PEMIMPIN KANAN IRAN DIBUNUH OLEH ISRAEL
Video Serangan Israel Ke Atas Iran
Brigadier Jeneral Reza Mousavi dari Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dibunuh oleh Tentera Udara Israel dalam satu serangan udara ke atas Sayyeda Zainab, Damsyik, Syria
Dia merupakan anggota Pasukan Quds dan salah seorang rakan rapat Qassem Soleimani iaitu Komander Pasukan Quds IRGC(Pasukan Khas Operasi Gelap dan Pengintipan) yang dibunuh US pada 2020
Mousavi merupakan penasihat ketenteraan kepada IRGC di Suria dan salah seorang komander kanan IRGC. Sebelum malam tadi. Dia pernah hampir dibunuh beberapa kali oleh IDF tetapi gagal
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengesahkan pembunuhan beliau dan berjanji akan membalas harga yang sepatutnya kepada Israel
Pasukan Pertahanan Israel(IDF) berada dalam Kesiapsiagaan Tertinggi susulan pembunuhan ini dan menanti apa jua kemungkinan serangan balas dari Iran berkaitan pembunuhan ini