Murid OKU Hanya Menuruti Ketika Dir0g0L Oleh Tukang Kebun Sekolah?

firaz
0

Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol murid perempuan orang kurang upaya (OKU) intelektual dalam kereta di tepi Jalan Bakri, tahun lalu.



Tertuduh, Kassim, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia sembilan tahun, dalam kereta miliknya yang diparkir tepi jalan.


Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan.


Pada prosiding itu, mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.


Kejadian itu berlaku tahun lalu, ketika tertuduh bekerja di sekolah mangsa, membawanya bersiar-siar dengan menaiki kereta.


Sebaik tiba di lokasi, tertuduh memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu merogolnya dan mangsa dilaporkan tidak melawan malah hanya menuruti perintah tertuduh.


Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu bulan lalu kepada ibu angkatnya berusia 62 tahun. Susulan itu, mangsa ditemani ibu angkat membuat laporan di Balai Polis Bakri.


Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan kes ini disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 16 Januari depan untuk serahan dokumen dan juga laporan perubatan.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)