Breaking News: Cara Mudah Kemaskini Maklumat Dalam Sistem PADU!!?

firaz
0

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah pangkalan data yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.


KEMASKINI DATA ANDA SEGERA SEBELUM MAC 2024

Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.


Sistem PADU bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat, serta merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat. 


Update Kemaskini PADU



Sistem PADU akan membantu kerajaan memastikan sebarang program pensasaran subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.


Untuk mengemaskini maklumat dalam sistem PADU, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:


1. Pastikan anda mempunyai akses internet dan peranti peribadi seperti komputer atau telefon pintar.


2. Log masuk ke akaun anda di portal PADU.


3. Semak dan kemaskini maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Terdapat 39 maklumat yang perlu dikemaskini.


4. Setelah selesai, pastikan anda mengesahkan maklumat peribadi anda.


Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemaskini dan pengesahan maklumat individu, 

manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi.


Semoga membantu.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)