Hampir Setengah Juta Rakyat Telah Mendaftar Sistem PADU, Ini Masalah Yang Anda Kena Tahu.Dalam Tempoh 3 Hari.

firaz
0

KEMASKINI & FAQ #PADU Data setakat jam 9 pagi 4 Jan 2024



STATUS PENDAFTARAN BERJAYA
Bilangan pengguna berdaftar = 456,136
Bilangan pengguna yang telah buat e-KYC : 230,443
61% selesai dengan pengesahan eKYC

ISU-ISU BERBANGKIT:

1. KEGAGALAN e-KYC (PENGGUNAAN CERMIN MATA / e-KYC TERGENDALA)


- Proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit


- Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private.


- Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat.


- Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’.


2. ⁠PEMBETULAN MAKLUMAT BAGI INDIVIDU YANG TELAH PERAKU MAKLUMAT


- Mekanisme kawalan maklumat yang dibangunkan dalam sistem PADU memerlukan individu membuat perakuan dan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini setelah menjalani proses pengesahan identiti melalui e-KYC.


- Setiap maklumat yang telah diperakukan TIDAK BOLEH dipinda oleh individu KECUALI dengan membuat pelaporan aduan menerusi SISPAA bagi membolehkan tindakan dilaksanakan oleh pentadbir PADU.


3. MASALAH PENGEMASKINIAN VARIABEL PENDAPATAN


- Pengguna perlu mengemaskini maklumat pekerjaan dan seterusnya boleh mengemaskini variabel pendapatan.


- Bagi kategori penganggur pula, pengguna boleh mengemaskini bantuan atau sumbangan serta memasukkan amaun bantuan atau sumbangan yang diterima samada daripada agensi kerajaan atau ahli keluarga bagi menampung kehidupan.


4. CYBERSECURITY DOSM


- Terdapat aduan mengenai kelemahan berkaitan pengendalian API berkaitan kata laluan yang menyebabkan risiko keselamatan. Pasukan pembangunan sistem telah berjaya melaksanakan pembaikan, peningkatan dan pengukuhan dalam tempoh 1 jam. Insiden ini telah diselasaikan pada jam 9.15pm, 2 Januari 2024.


- Pasukan Pembangunan Sistem telah melaksanakan beberapa siri perbincangan seperti berikut:


(i) 2 Januari, 9.00pm hingga 11.30pm: DOSM, MAMPU, KE dan NACSA


(ii) 2 Januari, 11.30pm hingga 12.30am: DOSM, MAMPU, Cloud Connect dan Innov8tiv


(iii) 3 Januari, 2.00pm hingga 4.00pm: DOSM, NACSA, KE dan CSM


(iv) 3 Januari, 4.00pm hingga 5.00pm: DOSM, MAMPU dan Penguji Keselamatan PADU.


- Kami melihat isu keselamatan siber sebagai isu yang serius dan akan sentiasa memantau dan menguji sistem kami untuk memastikan tiada kecacatan atau kelemahan pada sistem.


5. MASALAH QR CODE ERROR ‘CODE 100’


- Bagi pengguna yang mendaftar PADU menggunakan komputer/komputer riba (desktop view), apabila sampai ke peringkat e-KYC, pengguna akan diberi satu QR code. Pengguna perlu scan QR ini menggunakan telefon pintar untuk proses mengambil gambar kad pengenalan (depan dan belakang) serta gambar selfie.


- Ketika ini terdapat pengguna yang menghadapi masalah ketika melakukan proses tersebut dan mendapat ‘error code 100’.


- Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private.


- Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat.


- Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik "Senarai Kaunter PADU"

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)