25 Januari, 2017

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan sebagaimana berikut. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. JAWATAN : i. PENOLONG JURUTERA AWAM GRED JA29 (1 kekosongan)
ii. PENOLONG JURUTERA ELEKTRIK GRED JA29 (1 kekosongan)
iii. PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL GRED JA29 (1 kekosongan)
iv. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29 (1kekosongan)
v. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 (2 kekosongan)


Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)


2. CARA MEMOHON

2.1 Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

2.2 Tarikh tutup permohonan pada 15 Februari 2017

2.3 Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU

(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan)


3. KETERANGAN AM

3.1 Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

3.2 Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(i) Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(ii) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
(iii) Borang tidak lengkap atau tidak terang;
(iv) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat ; dan
(vi) Tidak ditandatangani.

3.3 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

3.4 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan
ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.