Resepi Sambal Udang Petai Sedap Menyelerakan

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI SEDAP!

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram


BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara2:
1- tumis bahan kisar halus smpai naik bau
2- masukkan cili kering yang dah dikisar & air asam jawa
3- masukkan bawang besar yang dihiris-tunggu sampai layu sikit
4- then letak garam, gula, sos tiram & Meggi secukup rasa....
5- masukkan petai - biakan sekejap untuk rasa & bau petai masuk dalam sambal tapi jangan lama sangat nanti petai da tak rangup
6- masukkan udang. bila udang masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.. Sedap!


*Share dan tag kawan2. Like/follow page MAKAN SEDAP

- Nak viralkan biz makanan anda? PM admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...