NEGERI Sembilan meneruskan rentak cemerlang aksi Liga Super apabila merampas takhta pendahulu dengan kemenangan kedua selepas menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi, malam tadi.
Skuad Rusa yang menewaskan Harimau Muda A 1-0 dalam perlawanan sulung Sabtu lalu diberi tentangan sengit oleh T-Team yang mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama, sebelum anak buah Wan Jamak Wan Hassan bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk membunuh sisa perjuangan T-Team.
Idris Karim muncul wira dengan dua gol pada minit ke-22 dan 67 manakala satu lagi gol dijaringkan Mohd Firdaus Azizul m-53, manakala gol tunggal T-Team dijaringkan Rosdi Talib pada minit ke-41 hasil tendangan sudut.
Mohd Badhri yang mengambil alih tugas kapten menggantikan Indra Putra Mahayuddin yang kini bersama T-Team, menampan masuk bola lintang Nurul Azwan Roya pada minit ke-35 tetapi ketua pasukan Terengganu, Mohd Marzuki Yusof menyamakan kedudukan pada minit ke-69.