Zaskia Sungkar : Irwansyah suka sangat kentut

BLogTips
0

JAKARTA, 16 FEB 2011: Bekas teman lelaki Acha Septriasa, Irwansyah sudah pun mengahwini buah hatinya, Zaskia Sungkar pada 15 Januari 2011 yang lalu. Apa yang menariknya, mereka kini masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri.
Kata Zaskia, dia tidak berasakan perbezaan yang begitu ketara selepas berkahwin dengan Irwansyah. Malah, semuanya dapat dilalui dengan baik. Begitupun, dia mengakui kedua-dua mereka perlukan masa untuk mengadaptasi kehidupan baru mereka itu.
"Kalau nak tahu, Irwansyah ni bukanlah seorang yang kaki tidur. Tapi, dia ni suka sangat kentut," kata Zaskia sambil tertawa.
Sementara itu, Irwansyah pula memberitahu bahawa isterinya, Zaskia memang seorang yang lebih rajin memasak setelah mereka menikah.
"Masakannya sedap. Dia suka masak Pasta. Kalau pagi, dia sudah masak nasi goreng," katanya.
Dalam waktu yang sama, pasangan ini juga sudah pun kembali berduet bersama menerusi lagu baru berjudul Miss You.
"Tapi, untuk lagu ini, kalau boleh kami mahu jadi pasangan duet yang biasa. Tak mahu nampak mesra sangat," kata Zaskia.
"Nggak kok, kebetulan aku juga suka warna pink. Tadi pas ditunjukkin sekilas gambarannya sama mas Rizal ya aku lihatnya bagus, pasti hasil video klipnya juga bagus," terang Irwansyah.
Lagu 'Miss You' nantinya akan masuk di album Irwansyah dan The Sister. Manakala, klip videonya yang bernuansakan warna pink telah dihasilkan oleh pengarah tersohor, Rizal Mantovani.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)