23 Februari, 2011

Zizan N Dira PEngacara BAru MElodi







BERMULA April ini, Melodi akan memperkenalkan gandingan baru, Zizan (Raja Lawak) bersama Dira Abu Zahar untuk mengendalikan program hiburan popular, Melodi.





"Pelbagai faktor menyumbang kepada pencapaian Melodi iaitu dari segi kualiti penerbitan, kandungan paparan dan waktu siaran. Malah promosinya perlu diperkemas dan dimantapkan lagi bagi mengekalkan prestasi serta kredibilitinya sebagai antara program paling popular di TV3.

Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac, manakala gandingan Zizan dan Dira akan mula mengambil alih pada minggu berikutnya, bersiaran langsung di Arena of Stars Genting Highlands, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (3 April).