5 TIPS UNTUK SUAMI DI LABOUR ROOM

BLogTips
0


Saat melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Dan semestinya kehadiran dan sokongan suami di sisi ketika melahirkan amat diperlukan. Jika suami berpeluang untuk menemani isteri, ini admin kongsikan tips sebagai panduan untuk menyambut kelahiran permata hati di labour room.

Share dan Tag pasangan anda ya. Mudahan dipermudahkan semua urusan :)

1. Kuatkan semangat

Suami seorang ketua keluarga, sudah tentu Super Hero dimata isteri. Pada saat ini hanya wanita yang merasai bertapa teruknya menahan siksa sakit melahirkan anak. Jika Takut Darah atau seorang yang lemah semangat cubalah untuk bertahan. Berdiri di sisi atas kepala isteri, supaya dekat dengan telinganya. Lebih mudah memberi kata-kata semangat dan mengosok bahagian belakang ketika sakit kontraksi berlaku.

2. Tahu teknik Meneran.

Suami WAJIB! Tahu teknik meneran dengan betul supaya dapat membantu isteri mengingatkan ketika isteri sedang hilang kawalan. Sakit yang kuat buatkan wanita terlupa walaupun sudah pergi kelas teknik melahirkan anak.

3. Baca Doa dan ajar Isteri Doa

Ketika sakit kontraksi datang, tak termampu nak ucapkan apa-apa. Hilang segala doa dan zikir yang dihafal. Suami jangan harapkan isteri yang hafal, Suami kena hafal juga zikir dan doa-doa penting: seperti doa nabi yunus amalan doa untuk mudah bersalin.

Doa Nabi Yunus amalan doa untuk mudah bersalin.

4.Membantu isteri ketika meneran

Suami perlu memberi sokongan ketika meneran, menyokong dari belakang menahan/menolak atau mengampu badan isteri supaya lebih mudah proses meneran. Kudrat isteri yang lemah jika dibantu suami inshaAllah menjadi lebih kuat!

5. Meredakan kesakitan Isteri

Proses meneran mungkin berlaku berulangkali dan hanya ketika kontraksi terjadi. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri, lap peluh, bisikkan kata-kata semangat. Jangan lupa berzikir ditelinga isteri.

#tipskelahiran
#jussengatdara
#kredit tipskesuburan.com
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)