15 Januari, 2016

RESEPI KEK PUDING KARAMEL


☺ Hari ini ct luangkan masa buat kek coklat puding karamel untuk my big family.. korang pon harus mencuba resepi dessert ni, memang sedap bha hehe.. ♡

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
By Siti Fatimah Habib Mujahidin

BAHAN KARAMEL

STEP 1:
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.

BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B:
3/4 cawan bleukey (tepung kek naik sendiri)
1 sudu kecil soda bikarbonat
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Sedia untuk dimakan! ✌