14 Januari, 2016

RESEPI KERABU DAGING SALAI & BERSAMA BETIK DAN MANGGA


KERABU DAGING SALAI & BERSAMA BETIK DAN MANGGA

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging batang pinang | dibersihkan, disalai di atas api dan dihiris halus
50 gm bawang merah | dihiris
20 gm cili padi | dihiris
1 kuntum bunga kantan | dihiris
15 gm daun pudina | dihiris
5 gm daun limau purut | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
20 gm taugeh
30 gm sambal belacan
80 gm betik muda | disagat
80 gm mangga muda | disagat
70 gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bawang merah, cili padi, daun limau purut, bunga kantan, daun pudina dan cili merah yang dihiris tadi ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan daging salai, betik dan mangga muda dan gaul bersama bahan-bahan tadi.
3. Masukkan kacang tanah dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidang.