13 Januari, 2016

RESEPI PUDING LAICI


RESEPI PUDING LAICI

Bahan-bahan :

*5 gram serbuk jelly "konnyaku"
*625 ml air (2 1/2 cawan)
*4 camca besar gula pasir
*200 ml susu sejat "IDEAL"
*1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
*1 helai daun pandan
*Strawberry sebagai hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :

Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut. Masukkan daun pandan, dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.

Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas.

Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.
Hidangkan bersama hirisan laici dan strawberry, jika suka boleh dituangkan air laici dalam tin tadi sebagai kuahnya. Sedap dimakan sejuk.
 
c/p
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur