13 Januari, 2016

RESEPI SNOW CHEESE CAKE


Resepi Snow Cheese Cake

Bahan-bahan :

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk Cream :

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Topping :

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara - Cara Membuat :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).

Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
c/p
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur