RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR

BLogTips
0

SOTONG SUMBAT BAKAR

Bahan-Bahan:

4 ekor sotong bersaiz besar
Bahan untuk dikisar:
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
Cara Penyediaan:

Perap sotong yang telah dibersihkan bersama bahan kisar selama 1 jam.
Balut sotong dan bahan perapan dalam daun pisang kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Hidangkan bersama air asam dan nasi puith.
Tips:
Jangan terlebih masak kerana sotong akan menjadi keras. Anda boleh menggunakan aluminium foil jika tidak menggunakan daun pisang.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)