MENYEBARKAN MASALAH RUMAH TANGGA SENDIRI DALAM FACEBOOK ADALAH MENGAIBKAN SUAMI

BLogTips
0

APAKAH ITU NUSYUZ
Daripada Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

"Tahukah kamu apa itu nusyuz? Selalu kita dengar isteri yang nusyuz. Ada juga suami yang nusyuz. Ada. Yang ianya timbul daripada si suami. Allah سبحانه وتعالى berfirman didalam Al-Quran; "Dan bilamana isteri kamu risau akan suami kamu, suami mengambil sikap tidak peduli, acuh tak acuh nusyuz, sifat tak peduli hendaklah kamu bersikap bijak."

"Apakah itu nusyuz? Maknanya dia tidak menunaikan apa yang menjadi hak kepada isterinya. Daripada segi nafkahnya, tanggungjawabnya, sikap acuh tak acuh, kasih sayang tidak ditunjukkan dan dia berpaling daripadanya. Bilamana si isteri melihat perkara ini, maka Allah سبحانه وتعالى memerintahkan isteri bersikap bijak."

"Bersikap bijak didalam menghadapinya. Bersikap bijak, bilamana merasakan perubahan sikap pada suaminya. Mesti menjadi orang yang bijak didalam melihat perubahan sikap dan keadaan suaminya. Jangan menunggu perkara rumahtangga itu pecah, baru kita nak selesaikan. Tidak."

"Jangan menungggu masalah didalam rumahtangga, menjadi rumit. Baru kita mencari solusinya. Sebelum masalah itu menjadi besar, selesaikan dulu dari awal. Perlu mengambil sikap bijak. Nanti sudah menjadi besar, baru nak pergi kepejabat agama. Selesaikan dulu dirumah. Berbincang dengan bijak sesama pasangan. Bukan dengan memaki hamun, dan ini bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah."

"Dan masalah rumahtangga, jangan dicerita kepada orang. Jangan letakkan di "Facebook" saya sedang ada masalah dengan suami saya. Ini aib. Ini hal rumahtangga. Peliknya dizaman kita sekarang, didedahkan hal rumahtangga pada orang."

"Sedangkan Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Hendaklah kedua pasangan suami isteri itu, untuk berusaha menyelesaikan masalah mereka didalam rumah." Jangan pergi bagitahu sama orang. Yang pergi ke mahkamah itu, kalau dah tak boleh nak "Settle" dalam rumahtangga atau keluarga."

"Tetapi, keluarga juga tidak boleh masuk campur dalam urusan suami isteri dalam rumahtangga. Melainkan kalau sudah tidak boleh diselesaikan maksimum. Sebab apa? Sebab hubungan keluarga suami mahupon isterinya ada batasnya. Walaupon kasih sayang ada. Contohnya, hubungan anak perempuan dengan ayahnya. Ada batasannya. Hubungan lelaki dengan ibunya atau saudara perempuannya, ada batasannya."

"Allah سبحانه وتعالى mengambarkan betapa rapatnya suami isteri. Bilamana rapatnya suami dan juga isteri, seharusnya semakin mudah untuk menyelesaikan masalah. Tanpa campur tangan orang lain. Bilamana campur tangan pihak ketiga, pihak ketiga yakni keluarga akan ada agenda mereka sendiri. Dan mungkin mereka akan berat sebelah. Sehingga sedar atau tidak, mereka akan jadi "Batu api" kepada permasalahan rumahtangga."

"Masalah rumahtangga boleh diselesaikan, jika kedua belah pihak mahu menyelesaikannya. Allah سبحانه وتعالى menyuruh permasalahan suami dan isteri, disettlekan antara suami dan isteri. Kalau kedua mereka inginkan kebaikan, Allah سبحانه وتعالى akan memberikan taufiq jalan penyelesaian yang terbaik. Jangan kita lihat kita punya penilaian. Akan tetapi, kita lihatlah kepada Al-Quran yang banyak memberikan jalan kebaikan kepada suami dan juga isteri."

sumber fb/Rahsia Perkahwinan

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)