TANDA SUAMI SAYANG ISTERI TETAPI TIDAK DIHARGAI ISTERI

BLogTips
0

8 TANDA SUAMI SANGAT SAYANG PADA ISTERINYA!

Ramai isteri mengadu dan mengeluh suami tidak romantik selepas berkahwin. Jika sebelum kahwin, boleh dikatakan setiap jam nak SMS, telefon. Kemudian di akhir perbualan pasti akan ada ucapan ‘I love you‘. Namun selepas berkahwin jangankan nak telefon, SMS pun balas ‘OK‘ sahaja. Paling tak tahan balas ‘K‘ pun ada selepas si isteri pesan macam-macam.

Kalau dapat isteri yang ‘over dramatic‘ mesti ada yang merajuk dan kadang-kadang ada yang mula fikir suami ada perempuan lain. Apa yang susah sangat suami nak cakap ‘I love you’ kepada isteri sendiri ni? Jatuh ke ego? Atau mungkin anda sendiri sebagai isteri yang tidak faham body language atau cara suami yang selalu sampaikan mesej cintanya indirectly. Ingin tahu antara body language dan juga cara indirectly yang misteri sangat tu?

1. Suami biarkan isteri memilih
Ramai tidak perasan tanda yang ini, iaitu salah satu tanda suami sayang isteri yang paling penting. Jika memilih corak dan warna langsir, suami akan minta isteri pilih dan buat keputusan. Jika ingin beli peti sejuk baru, suami juga akan serahkan pada isteri.

Jika anda berdua keluar menonton wayang, si suami akan memberi hak memilih kepada si isteri. Jika ke kedai makan, suami biasanya akan tanya isteri, “Ayang nak makan kat mana?”.

Dia lebih mementingkan citarasa si isteri daripada citarasanya sendiri. Begitu juga ketika memilih sofa baru, meja makan baru, warna kereta, warna dinding rumah, destinasi percutian mahupun warna baju, dia lebih senang dengan pilihan si isteri. Jangan salah sangka pul. Bukan si suami tunduk kepada si isteri tetapi perkara ini adalah benar-benar menunjukkan si suami betul-betul sayangkan isterinya sehinggakan dirinya sendiri diletakkan di tempat kedua.

Sekali lagi diingatkan, ini bukan queen control.

2. Suami ringan tulang, rajin bantu isteri
Suami saya seorang yang sangat workaholic. Dalam seminggu hanya 2 atau 3 hari sahaja kami bertemu. Selebihnya dia akan outstation.

Namun saya perasan, pada masa-masa yang terhad di rumah inilah dia akan cuba membantu saya mengemas rumah, basuh tandas, basuh baju (masukkan kain dalam mesin sahaja tapi tetap bermakna), jaga anak dan lain-lain. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa saya lakukan tanpa disuruh oleh saya. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya pada saya tetapi saya tahu pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya salah satu cara untuk dia menunjukkan yang dia ambil berat tentang saya.

3. Suami meminta nasihat dari isteri.
Apabila suami anda meminta pendapat atau nasihat dari anda, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan perlukan bimbingan anda.

Untuk pengetahuan, adalah amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan dari seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri. Jadi, jika suami anda perlukan nasihat dari anda, itu
bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu juga bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh si isteri.

4. Suami pegang tangan isteri
Sebelum kahwin pegang tangan, selepas kahwin juga masih pegang tangan. Tahniah! Suami anda memang sayangkan anda.

Inilah tanda suami sayang isteri, yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang
mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan seksual dan cara paling mudah si suami menunjukkan perasaan hatinya.

5. Suami shopping untuk isteri.
Samada dia membeli-belah bersama dengan anda atau dia membeli sesuatu untuk anda semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah. Jika suami anda bersedia untuk shopping till he drop,
ketahuilah itu antara tanda yang dia benar menyayangi anda.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang? Contohnya begini. Saya sering menyuruh suami saya membeli groceries semasa dia di dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada saya. Dia tahu saya memang tidak gemar ke pasaraya untuk membeli keperluan rumah. Sehinggalah pada suatu
hari saya dapat tahu yang dia sebenarnya juga tidak begitu gemar ke pasaraya. Namun dia lakukan juga kerana dia sayangkan saya.

Adakah suami anda pernah dan selalu buat begini? Ketahuilah dia sebenarnya benar-benar sayangkan anda dan ini adalah salah satu isyarat cintanya kepada anda.

6. Sudi menjadi pendengar setia
Terangguk-angguk bila isteri bercerita tentang perkara seharian. Tambahan lagi jika ada gosip hangat di pejabat, yang panas seperti baru keluar oven. Walaupun telefon bimbit masih di tangan, suami masih lagi mendengar tanpa mencelah. Sesekali mata suami masih mencuri-curi lihat mesej Whatsapp. Sambil mulutnya menjawab, “Ohhh… aahhhhh”

Jangan tidak percaya, ini salah satu tanda suami sayang isteri!

Majoriti wanita di dunia ini memang ada banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka (termasuk saya sendiri). Lelaki yang bersedia
duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda tentang perkara yang sama berulangulang kali, tanpa rasa bosan, percayalah..HE’S DEFINITELY LOVE YOU.

7. Senyuman manis suami.
Masih ingat lagi senyuman pertama saat pertama kali anda dan suami bertemu? Bagaimana senyuman itu memberi impak besar di dalam hidup anda. Impak senyuman sama seperti pegangan tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa kamu sedar.

8. Apabila suami ikhlas dalam memberi.
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian atau pun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami anda mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah
isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke mata suami anda dan selami hatinya. Anda akan dapat jawapannya di situ.

Akhir kata
Di dalam dunia lelaki, cinta lebih mudah dilafazkan melalui perbuatan daripada kata-kata. Bagi mereka, itu adalah tanda suami sayang isteri. Mungkin ada yang disalah-tafsirkan oleh isteri. Mungkin juga ada di antara isyarat di atas sering dilakukan oleh suami anda tetapi anda tidak ambil kisah. Banyak tanda suami sayang isteri yang ditunjukkan, namun ada yang tidak perasan isyarat itu.

Semoga dengan perkongsian kami ini para isteri akan lebih memahami dan lebih peka semua isyarat yang cuba disampaikan oleh suami anda

sumber: siraplimau.com
fb rahsia perkahwinan

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)