Jadi laa seperti Lokman..😁
.minggu lepas, Abang Luqman balik dari sekolah..mukanya masam mencuka..Mama cuba bertanya, apa masalahnya ..kata Abang Luqman "..Mama..Luqman nak bawa duit sekolah, semua kawan-kawan Luqman bawa duit ke sekolah..Luqman sahaja yang tak bawa..Luqman lapar lah Mama, kat sekolah Cikgu bagi makan 2 kali sahaja..pukul 9 dan pukul 12.30 tengahari..petang, Luqman laparlah..duit tak der..Luqman nak beli makan..kawan Luqman semua, beli makanan..".. tersentuh hati Mama, air mata ditahan jangan sampai jatuh berderai..nanti, Luqman sedih..Luqman baru nak belajar hidup susah..jangan sampai dia lemah..namun, permintaan Luqman perlu ada penjelasannya.."minta maaf, Luqman..Mama tak mampu, nak bagi wang saku ke sekolah..perbelanjaan kita tinggi, sekarang..Luqman, sabarlah..petang, bila balik sekolah makanlah di rumah yer..kita sekarang, dah tak macam dulu lagi..Luqman kena faham..InsyaAllah, bila Soleh dah sihat..Mama akan bagi duit saku ke sekolah.." ..hanya itu, penjelasan yang ku ada untuk Luqman.."
"..tanpa ku sangka, Luqman menjawab.."..Luqman, faham..Luqman tahu kita susah, sekarang..Luqman bukan nak susahkan Mama..Luqman boleh usaha sendiri, cari duit..Luqman nak jual aiskrim, petang lepas balik dari sekolah.."..tersentak aku mendengar kata-katanya..daripada dulu, lagi..Luqman bagaikan lebih matang dari usianya..sekarang, aku sedar yang Luqman dah faham situasi kami.."..tapi, Luqman tak penat ker? kan Luqman sekolah, nak rehat & buat kerja sekolah..pelajaran Luqman, penting.."..walaupun, dalam hati dah rasa hiba..aku gagahkan diri bertanya meminta kepastian.."..tak per, Luqman tak kisah..Luqman, tak penat..janji Luqman boleh bawa duit sekolah..bolehlah, Mama..bolehlah.."..dah tak ada kata-kata yang dapat aku tuturkan..bersungguh-sunguh benar, dia.."..baiklah, Luqman..nanti, Mama & Abah tolong buatkan..Luqman, jual yer..Luqman mantapkan ilmu mengira Luqman yer..nanti, Mama akan tanya soalan..kalau Luqman tak boleh jawab, tak boleh jual aiskrim.."
"..Luqman, agak pandai mengira..walaupun bukan semua, tapi banyak soalan yang ditanya, dijawab dengan betul..jadi, Mama & Abah terpaksa mengalah..minggu lepas, Luqman dah mula menjual aiskrim di taman permainan dekat rumah..pada peringkat permulaan ini, Abah dan Mama bergilir-gilir memantau 'perniagaan' Luqman..risau pulak, nanti rugi..walaupun baru hari pertama, aiskrim Luqman laku sungguh, abis semua yang dibawa..dah memang rezeki, dia..disebabkan nampak dia penat, Mama & Abah terpaksa bertegas agar Luqman hanya menjual berselang hari atau sebaiknya pada hujung minggu sahaja..Luqman, sedikit kecewa, tapi kami yakinkan dia..InsyaAllah, walau tak jual setiap hari..dia masih cukup wang saku ke sekolah..Alhamdulillah..terima kasih, Allah..kerana kau berikan aku zuriat yang amat menyenangkan hati ibu ini..semoga Luqman tetap menjadi anak yang tabah & soleh, dapat tolong Mama & Abah hadapi ujian ini dengan lebih baik, InsyaAllah.."