WESTERN FOOD RESEPI GRILLED CHICKEN PASTA

Cajun Grilled Chicken Pasta

Bahan-bahan ( 3 Orang )

1 cawan pasta (direbus sehingga kembang)
1 keping besar dada ayam, perap dengan cajun seasoning
1 biji keledek saiz kecil
1 biji terung saiz kecil
2 biji avocado saiz kecil
1 biji capsicum

sauce

1-2 sudu butter
1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air
400ml susu
1 cawan cendawan butang
Cajun seasoning
Garam secukup rasa

Cara-cara

1.Pasta yang dah siap rebus ketepikan dulu.

2.Terung & keledek dihiris nipis (keratan rentas - lebar lebar), panggang sampai masak. Seeloknya guna keledek yang color purple atau color oren tu. Kalau pakai keledek biasa yang warna putih tu..nampak pucat. smile emoticon.

3.Capsicum dipotong kecil & dipanggang.

4.Ayam diperap dengan cajun seasoning, panggang. Bila dah masak hiris nipis.

5.Sementara itu, sediakan sauce. Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Bila tepung jadi pekat, masukkan susu & cendawan. Kacau sampai jadi likat. Masukkan juga cajun seasoning ikut selera masing masing. Rasakan garam.

6.Gaulkan pasta & ayam bersama sauce yang dah siap tu.

7.Sayur yag dah siap grill tu tepulang pada masing2 samada nak gaul sekali atau nak letak je atas pasta tu.

8.Belah avocado, potong potong & letakkan di atas pasta. Siap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...