WESTERN FOOD RESEPI SWEEDISH MEATBALL MARVEL

BLogTips
0
SWEEDISH MEATBALL

Bahan-bahan;

500g daging lembu cincang
1 biji telur
1 – 1¼ cawan (200-300ml) cooking cream (atau susu) dan air
2½ sudu besar bawang dicincang halus
¼ – ½ cawan tepung rusk tidak manis (atau serbuk roti)
2 ubi kentang rebus, sejuk
4-5 sudu besar mentega / marjerin / minyak
garam
lada putih
rempah 3 rasa (rempah all spice)

Cara Membuatnya;

~ Panaskan mentega dan goreng bawang hingga keperangan.
~ Lenyekkan ubi kentang dan lembabkan tepung rusk dengan
sedikit air.
~ Gaulkan semua bahan dan perasakan dengan garam, lada
putih dan rempah 3 rasa.
~ Bentukkan adunan menjadi bebola dan pindahkannya kepada
papan pemotong yang telah dilumuri tepung.
~ Dengan kuali non-stick, panaskan mentega dan goreng bebola
daging hingga masak.

Resepi Sos Krim
(hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan;

½ cawan (100ml) krim pekat (heavy cream / cooking cream)
1 cawan (200ml) air atau stok daging lembu
soya (atau 1 sudu teh kicap cair dan 1 sudu teh kicap pekat)
garam
lada putih
(1 sudu besar tepung putih) – jika krim kurang pekat

Cara membuatnya;

~ Kacau dalam gerakan pusingan beberapa desiliter air atau stok
daging lembu mendidih didalam kuali.
~ Tapiskan pati dan cairkan ia dengan krim. Pekatkan dengan
tepung putih jika mahu.
~ Tambahkan perasa secukupnya dan hidangkan krim bersama
bebola daging dengan ibu kentang direbus segar, jem
lingonberi dan salad hijau.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)