CARA MUDAH ANAK MUDA MEMBELI RUMAH DI USIA MUDA

BLogTips
0

Panduan Sempoi Buat Anak Muda Untuk Membeli Rumah Di Usia Muda
*

1. Mulakan dengan membina karektor suka menyimpan. Sekurang-kurangnya perlu ada simpanan 15% daripada harga rumah yang hendak dibeli. 90% lagi guna pembiayaan perumahan. 10% untuk deposit rumah dan 5% untuk perjanjian jual beli dan kos sampingan yang lain.

2. Jangan ambil pembiayaan peribadi untuk buat deposit rumah. Kau akan dilabelkan sebagai individu yang berisiko oleh pihak bank nanti. Mungkin akan dapat MOF 85% ataupun kadar keuntungan bank yang tinggi.

3. Yang lelaki bujang naik motosikal pun takpe. Yang perempuan boleh beli kereta dengan ansuran bulanan yang rendah. Pakai kereta tempatan tidak berdosa. Jika ansuran bulanan kereta kau tinggi, kau tak mampu nak menyimpan dan beli rumah yang rendah nilainya.

4. Jauhi hutang yang tidak perlu. Kad kredit bagus jika kau pandai guna. Jangan main swipe je. Bila nak bayar garu kepala.

5. Bina laporan CCRIS untuk enam bulan pertama dengan buat ASB Financing ataupun kad kredit. Pastikan CCRIS cantik menarik.

6. Belajar ilmu hartanah supaya korang tidak mudah tertipu dan kerugian beribu ringgit. Jangan malas nak membaca. Jika malas, kau selamanya akan berada di takuk yang lama. Orang lain sudah lama melangkah. Kau masih di tempat yang sama.

7. Berkawan dengan orang yang sama minat dengan kau. Follow FB orang yang selalu sharing ilmu percuma. Ada duit lebih beli buku hartanah, ebook dan pergi seminar.

*

Beli rumah buruk, kecil tidak mengapa. Kemudian cantikkan semula dengan mengecat supaya berseri-seri.

Biar pun kau tidak nampak kaya kerana pakai motosikal je pergi kerja, tidak mengapa. Asalkan kau dah ada aset hartanah.

Jangan hari-hari update gambar makan dekat kedai mahal, tapi hutang keliling pinggang. Naik kereta import mewah tapi dah dua bulan tertunggak bayaran.

Ini pendapat peribadi gua je. Kalau nak ilmu yang lebih boleh skrol post gua yang lama. Banyak ilmu percuma yang gua kongsikan. Kah!

SHARE I TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

#NotaHartanahASY
#AmirSyahir
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)