Pengalaman Bersama Dengan Pelacur Di Lorong Haji Taib Suatu Ketika Dulu.
Lorong Haji Taib adalah lokasi popular di tengah bandar Kuala Lumpur sehingga kini. Lokasi yang menjadi tumpuan sesiapa sahaja yang datang atau bercuti ke Kuala Lumpur. Berada di pusat bandar yang berdekatan dengan pusat membeli belah menjadi tumpuan remaja dan tua, malah mudah untuk ke lokasi ini kerana pengangkutan awam yang banyak.
Berdekatan dengan Lorong Haji Taib ini adalah Jalan Chow Kit, jalan dimana rakyat malaysia mendapat barang yang murah di musim perayaan sehingga kini. Lokasi ini juga menjadi tumpuan gelandangan kota, penagih, pelacur, pondan, peniaga, pelancong dan tempat bercuti bagi rakyat Malaysia. Adalah memang menjadi kebiasaan bagi seluruh ibu kota di setiap Negara menjadi tumpuan bagi golongan sebegini.
Kisah ini berlaku pada tahun 2010, ketika aku perlu menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat tempat aku bekerja. Menginap di Ibu Kota ketika itu adalah saat yang menerujakan kerana bukan mudah untuk menginap di hotel 4 bintang ditengah kota selama 3hari 2malam.
Mengikut jadual kursus yang telah diberikan oleh Syarikat, aku diwajibkan untuk mendaftarkan diri di hotel berkenaan pada atau sebelum pukul 3petang untuk mengambil kunci bilik. 1bilik ditempatkan 2 orang, jadi aku tinggal bersama dengan seorang lagi rakan setugas yang juga perlu berkursus. Setiap negeri perlu menghantar 4 wakil untuk menghadiri kursus tersebut.
Part 2 Malam Pertama di Lorong Haji Taib