23 Mei, 2017

Resepi Roti John Homemade Cheese Melekit

Assalamualaikum dan selamat pagi 😍

Pagi ni, kita sarapan roti john homemade.puas makan.daging lebih, telor lebih, cheese lebih..semua pun lebih...hik3

Resepi simple je.saya share kat bawah ye 😊

UNTUK INTI :
1/2 keping daging hancur
1 biji bawang besar - chop halus
2 ulas bawang putih - chop halus
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit white pepper
Garam dan gula secukup rasa


Tumis bawang sampai garing.masukkan serbuk kari.masukkan white pepper.kacau2 jap.
Masukkan daging.biar hingga daging masak dan air daging kering.
Perisakan garam dan gula.

4biji telor - pecahkan dalam mangkuk dan campurkan daging yang telah dimasak tadi.
**kalau suka.boleh campur sayur kobis atau carrot lagi sedap.

4 batang roti frankfurter
Mozarella cheese


Panaskan non-stick pan.letak butter sikit.masukkan telor tadi.lepastu tabur mozarella cheese.
Terus tekapkan roti frankfurter.biar hingga telor garing.
Angkat roti dan letak sos+mayonis.
Dah siap roti john kitaaaa...yeayyy!!! 😄

Jom makan 😋


#alhamdulillah #rotijohn #resepirotijohnhomemade #resepirotijohnsalimaholie #salimaholie

kredit resepi kepada ‎Salimah Olie‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)