Taktik Samun Terbaru Di Pulau Pinang, Warga Perlu Berhati-Hati

firaz
0
Kejadian petang tadi di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang 23/5/17 anggaran selepas Asar.

Tengah urut baby, dengar orang lelaki bagi salam... dengar suara jauh macam luar pagar lah.


Masa ni memang tak kuasa nak hendap kat tingkap sebab bulan lepas dah pernah intai ada orang lelaki dok bagi salam macam minta derma..

Tengah sibuk siapkan baby, dengar lagi suara tadi bagi salam tapi kuat sangat macam dah ada depan pintu rumah kat dalam.

Rasa tak sedap hati memang tak berani nak jenguk ke luar, cuma jalan ke pintu nak ambik baju baby dalam bakul.

Sampai kat pintu dengar bunyi air kuat macam hujan.... buat taktau jugak lah..

Elok bak balik dia tanya siapa bukak air kat luar, paip rumah sebelah pun sama.

Padahal pintu pagar depan berkunci, rumah sebelah pun berkunci!

Paip air memang dia bukak penuh air paling kuat.

Macam taktik nak suruh orang keluar rumah untuk tutup air tu kan?

Persoalannya dia panjat pagar nak bukak paip tu? Sebab nak capai daripada luar memang tak boleh ada tembok.

Hmm taktaulah apa jadi kalau aku intai luar nampak air terbukak tu pastu keluar tutup air.


Mungkin dia dah standby kat sebelah pagar? Nak samun?

Allahu... semoga kita semua dilindungiNya... skang pun dok berdebar2 lagi pikir apa jadi kalau keluar tutup air tu 😔

sharelah peringatan kat kawan2 mak2 korang...

Nota: yg kondem pasaipa saya duk "luah perasaan" kat sini tu ni nak habaq. Bukan saja2 story panjang2. Ni nak bg peringatan kat semua tak kisah la sapa. Tak suka takyah baca senang. Dah buat report polis pun... beringat la utk semua jangan satgi jadi lagi kes kat family kita sebab depa taktau taktik ni...

- Kalau rajin baca komen dah banyak lokasi dan negeri penyamun guna taktik macamni. Jadi kita beringatlah sama2 😢

credit: Sara Sulaiman

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)