Remaja 13Tahun Diliwat 3 Kali Sehari Oleh Ayah Kandungnya Sendiri

BLogTips
0
PUTRAJAYA - Tidak selayaknya bergelar bapa! Agen unit amanah tanpa teragak- agak mengaku meliwat anaknya sehingga terkeluar najis.

Lebih mengejutkan lagi, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu kali pertama di sebuah hotel ketika mengadakan umrah di tanah suci Makkah, semasa mangsa berumur 13 tahun, dua tahun lalu.


Setiap kali diperlakukan perbuatan itu, mangsa menepis tangan bapa durjana tersebut.

Apabila melawan, mangsa ditolak, diheret dan ditindih tanpa belas ehsan.

Perbuatan keji itu dilakukan tiga kali sehari hampir setiap hari bermula Januari lalu sehingga dia ditangkap 26 Julai lepas.

Mangsa dikawal ketat oleh lelaki itu. Pergaulan dan pergerakan sentiasa dipantau. Dia dihantar dan dijemput dari sekolah olehnya.

Menurut guru kelas, prestasi pelajar berkenaan lemah dan mangsa sering bersendirian di sekolah.

Mangsa tiada daya untuk mengadu serangan seksual itu kerana takut, bimbang dimarahi dan tidak dipercayai.

Namun, akhirnya remaja itu menemui kekuatan selepas bapanya menyuarakan hasrat untuk mengambil dua lagi adik perempuan yang dibawah jagaan ibunya tinggal bersama mereka.

Tidak rela apa yang berlaku ke atas diri terjadi kepada adik-adiknya, dia kemudiannya mengadu kepada ibunya pada 25 Julai ketika berada di rumah wanita itu.

Pendedahan itu mengejutkan ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat.

Kesemua fakta ini dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan diakui lelaki itu.

AKAN MENYUSUL

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)