Roti canai adalah makanan utama rakyat Malaysia selain daripada nasi lemak, mee goreng, donut dan nasi goreng. Roti canai ini boleh dimakan samada waktu pagi atau malam. Memakan roti canai tidak akan lengkap tanpa air teh tarik kaw. Walaupun menu ini tidak menyihatkan tetapi daya tarikan yang ada pada roti canai dan teh tarik tidak mampu ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
*Apa Yang Menarik Dengan Roti Canai Pak Ali Tsunami Ini*
Kelainan yang wujud pada menu roti canai pak ali ini adalah dari segi kelembutan roti dan kebanjiran kuahnya dicampur pula roti separuh masak yang putih dan kuning isinya.
Lihat saja videonya disini.
Roti Canai Pak Ali merupakan sebuah gerai roti canai di Pantai Dalam yang terkenal dengan Roti Tsunami. Jika anda tertanya-tanya apakah itu Roti Tsunami, ia sebenarnya roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak. Antara pelanggan-pelangan yang datang menikmati sarapan di sini terdiri daripada pelajar UM dan penduduk berdekatan.
Harga untuk setiap pinggan Roti Tsunami berpatutan hanya RM2.40 dan saiz hidangannya cukup mengenyangkan untuk memulai hari anda. Sambal ikan bilis tu memang menepati lidah dan menambah selera makan, sedap
*Lokasi Kedai
Kedai Roti Canai Pak Ali
Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Google Map:
Waktu perniagaan: 7am - 11am.
Cuti: Isnin
Tel: 016-697 4335*
Sumber MyMakanTV