REMAJA BERUMUR 13 TAHUN DI LIWAT DENGAN RANTING KAYU HINGGA MENINGGAL DUNIA

BLogTips
0
Liwat atau sodomi adalah perbuatan gila yang tidak boleh dimaafkan ditambah jika perbuatan tersebuat dilakukan terhadap kanak-kanak dengan menggunakan kayu atau peralatan keras hingga merobek usus yang menyebabkan pendarahan teruk. Apakah yang difikirkan oleh penjenayah tersebut hingga sanggup berbuat demikian. Ikuti kisah sedih ini seperti yang telah dikongsi oleh rakan facebook yang bertugas di hospital.

Sepanjang saya menjadi houseman di Hospital Sultanah Aminah, dua kali saya menitiskan airmata ketika merawat pesakit.

Saya ceritakan satu persatu.


"gambar sekadar hiasan"

Seorang pesakit berusia 13 tahun dari Kulai, Johor. Beliau adalah mangsa sodomi menggunakan ranting kayu sehingga pecah dubur dan pundi kencing oleh manusia yang pendiam tetapi bernalurikan syaitan.

Kanak-kanak ini tidak bersalah dan dipilih secara rawak. Beliau dicekik menggunakan tali dari belakang sehingga pengsan. Kemudian disodom menggunakan ranting kayu.

Malangnya beliau meninggal dunia akibat jangkitan kuman apabila air kencing beliau memenuhi ruang peritoneum. Saya tidak mahu bercerita tentang kes ini yang menjadi kes polis dan penjenayah telah pun dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Sebelum meninggal dunia, beliau dirawat di wad. Sepanjang beliau di wad, beliau meracau. Suhu badan turun naik. Bila dia datang dia panggil "Bang, tolong bang. Ada orang jahat". Kadang kala dia menjerit "Oi jangan ambil basikal aku.."


Saya ada seorang adik lelaki yang pada masa itu sama umur dengan beliau. Saya tinggalkan keluarga untuk keluar belajar. Ketika itu beliau bayi lagi. Tak puas bermain dan bermanja dengan adik saya.

Di matrikulasi UKM selama dua tahun, di UKM Bangi setahun dan di India selama enam tahun. Sepanjang tempuh itu saya merindu beliau. Selalu merenung gambar beliau.

Wajah kanak-kanak ini serupa dengan wajah adik saya. Jadi saya membayangkan jika adik saya yang berada di atas katil dan meraung-raung...

Sedih hati saya. Pilu. Geram atas perbuatan manusia gila ini.

Sampai satu ketika saya sedang melakukan pemeriksaan ke atas beliau. Saya hampir air mata menitis melihat keadaan beliau. Lalu saya berlari ke bilik air. Saya basuh muka.

Memang tidak boleh ditahan lagi. Air mata terus mengalir.

"Ya Allah kenapalah ada manusia yang sanggup melakukan kezaliman pada manusia yang tak berdosa. Lindungi kami dari dugaan yang berat.

Bila saya sambung kerja saya di kaunter pendaftaran, seorang jururawat sudah pandang saya lain macam.

"Doktor menangis ke?"

"Ehh tak lah, saya basuh muka"

"Mata masuk habuk yea?"

Baru saya sedar, mata saya sudah merah. Si jururawat ini tahu saya sedang bersedih. Tapi dia tak tahu kenapa saya bersedih.

Beberapa hari kemudian, saya ke wad itu semula. Kali ini saja untuk melawat, sebab saya sudah ditukarkan bertugas di wad lain.

Saya bertambah remuk apabila jururawat itu beritahu kanak-kanak itu telah meninggal dunia. Air mata berjujuran. Sedih sangat.

Namun tiada seorang pun tahu perasaan saya ketika itu. Rasa rindu pada seorang adik.

"Ya ALLAH berikan yang terbaik buat kami. Jangan duga kami dengan dugaan yang berat.."

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)