Ini kisah padahnya merokok depan abang kawasan.
Tadi petang minum dengan seorang kawan ni. Dia ni kira gedebe jugalah, pernah masuk penjara sebab gaduh. Sedang kami minum dan berbual. Ada 2 remaja sedang isap rokok sebelah kami.
*gambar sekadar hiasan*
Dalam restaurant tersebut boleh tahan juga ramai orang dan ada bawa bayi. Sedang 2 orang remaja tersebut isap rokok siap buat keluar asap bulat-bulat, tiba-tiba kawan saya ni bangun.
Propp!! Dia kentut depan budak tu. Kuat jugalah. Apa lagi semua orang pandang. Budak tu macam tak puas hati terus cakap. Apa ni bang takda adab ke kentut depan orang?
Oh aku takde adablah! yang kau merokok tu tak nampak ke ada bayi dalam kedai ni? Kalau bayi tu sakit kau nak jaga dia di hospital?
Terus budak tu diam, matikan rokok pergi kaunter bayar terus balik.
Saya juga turut diam, terus takde idea nak berbual. Saya cakaplah, sabar beb, budak-budak remaja ni begitulah. Kena cakap elok-elok kat diorang ni.
Itu cara kau mat, cara aku xde tapis-tapis dah. Anak aku kena radang paru-paru sebab rokok. Sedangkan aku sebelum kahwin dah berhenti merokok. Disebabkan orang-orang macam nilah anak aku masuk wad 2 minggu.
Saya mula diam. Mula cerita detail tentang radang paru-paru (Bronchitis)disebabkan rokok, dan kesan dari itu jugalah bayi dan kanak-kanak akan dapat asthma dan boleh mati mengejut(SIDS)
Tuan puan. Mungkin diantara kita tidak setuju dengan tindakan rakan saya itu, namun sampai bila lagi kita mahu masyarakat faham betapa kejamnya asap rokok ini terhadap kesihatan, terutama kepada kanak-kanak. Mungkin hari ini anak kita tiada masalah membesar dengan asap rokok, namun bagaimana nasib ribuan kanak-kanak mengalami masalah kesihatan disebabkan rokok.
Sahabat. Jika kita tidak mampu berhenti merokok, cukuplah sekadar kita hormati nyawa mereka yang tidak merokok.
-ikhlas
Kredit EncikMatt
#LelakiBurQa