Bahaya Rupanya Main Kuiz FB Data Peribadi Anda Bakal Dicuri

BLogTips
0
Apa yang anda perlu tahu tentang Cambridge Analytica dan mengapa anda perlu berhenti bermain quiz bodoh di Facebook?

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita tentang maklumat data peribadi yang didakwa bocor dan ini melibatkan syarikat pengutip data Cambridge Analytica yang berpangkalan di London.


Tak tahu lah kalau anda masih busy membawang isu gambar anak Datuk CT tersebar atau pasal Elly Mazlein punya ori ke tak ataupun mungkin isu handphone samsung yang dieuww kan oleh adik Neelofa. Tapi perkara ini sangat serius dan sudah mula mendapat perhatian umum di UK dan di Amerika Syarikat. Boleh google dan baca sendiri.

Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

Apparently, Cambridge Analytica telah dituduh membocorkan maklumat data peribadi pengguna Facebook dan telah dituduh terlibat dalam mempengaruhi kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Bagaimana mereka boleh dapat data anda? Ya, masih ingat kah anda kepada quiz-quiz yang mengujakan itu seperti teka jodoh anda dari negeri mana atau di manakah anda akan meninggal? Ya quiz-quiz seperti itu lah yang mendedahkan data maklumat anda kepada pihak ketiga (yang mana anda telah memberikan kebenaran kepada mereka, bukan mereka curi!)

Adakah anda tahu bahawa sesuatu aplikasi atau app yang ditanam di dalam Facebook (Facebook embedded app) ini dibangunkan oleh syarikat bebas dan mereka akan memohon kebenaran anda sebelum anda menggunakan app mereka?

“Are you sure you want to allow xxx app? This app will receive your profiles, likes, address, photos and friends list”

Tanpa membuang masa anda terus click ‘ok’ kerana anda dah tak sabar nak tahu result test quiz siapakah artis Nigeria yang ingin keluar bersama anda. Sebaik sahaja anda click, maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi rakan-rakan anda seperti yang didakwa oleh thenextweb.com, akan mengalir keluar seperti air sungai Nil masuk ke dalam database mereka).

Bagaimana kah data ini berfungsi membantu pihak tertentu? Maklumat peribadi adalah sangat sangat ekslusif. Dengan data yang diperolehi, pihak ini boleh membaca posts anda, page yang anda like, gambar anda, alamat anda dan ini telah digunakan untuk mengetahui parti politik mana yang anda sokong.

Begitulah dakwaan bagaimana data-data ini telah didakwa digunakan untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Apabila perkara ini bocor kepada media, pihak Facebook telah menggantung perkhidmatan Cambridge Analytica dengan serta merta sehingga siasatan dijalankan. CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah dipanggil oleh committee khas yang ditubuhkan oleh Parlimen UK untuk memberi penjelasan terhadap kes ini.

Setakat ini, sebanyak 50 juta data pengguna Facebook dikhuatiri telah dibocorkan dan setakat mana ia melibatkan pengguna di Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Namun sumber berita dari Malay Mail menyatakan Cambridge Analytica mengaku menggunakan data peribadi untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di Mexico, Malaysia dan Brazil.

Baca:

Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak pernah ‘menghubungi, mengupah dan membayar’ Cambridge Analytica untuk tujuan memperolehi data bagi tujuan pilihanraya yang lalu.

Baca:

Cambridge Analytica didakwa mempunyai cawangan pejabat di Malaysia. Pejabat yang didaftarkan adalah di Kota Damansara.

Namun semakan yang dilakukan oleh pihak media mendapati alamat tersebut merupakan kawasan perumahan dan bukannya lokasi pejabat. Lokasi sebenar pejabat Cambridge Analytica cawangan Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Pesuruhjaya Maklumat UK (lebih kurang macam SKMM di Malaysia) adalah dalam proses untuk memohon waran untuk menggeledah pejabat Cambridge Analytica. Sejak berita ini tercetus, saham Facebook telah jatuh sebanyak 4.4% yang bersamaan USD 50 billion. Ada juga desakan supaya Facebook ditutup oleh pihak berkuasa.

Brian Acton, individu yang telah mencipta Whatsapp telah memulakan kempen supaya pengguna memadam akaun Facebook mereka.

Untuk rekod, Malaysia telah meluluskan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang bertujuan melindungi maklumat peribadi rakyat Malaysia dari dicerobohi dan dimanipulasi.

Sumber Kredit FB/JUMPA KAT MAHKAMAH sekarang untuk informasi terkini berkaitan isu undang-undang dan hak anda

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)