Hasil xray seorang pesakit yang mengalami masalah tulang patah telah menemui beberapa batang seakan-akan jarum yang ditanam disekeliling tulangnya yang patah. Dilaporkan bahawa pesakit tersebut telah berjumpa dengan bomoh tulang untuk mendapatkan rawatan secara tradisional selepas keluar darri hospital.
Gambar dibawah jelas kelihatan jarum-jarum yang dianggap sebagai susuk yang telah ditanam oleh bomoh tulang tersebut. Ini adalah kejadian yang jarang berlaku dimana jarum tersebut boleh di lihat melalui xray.
Maklumat ini dikongsi oleh pengguna twitter yang dipanggil Doktor oleh pengikut beliau menasihati agar berhati-hati apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional seperti gambar dibawah.
Tidak dipastikan mengapa pesakit tersebut membuat xray selepas mendapat rawatan dengan bomoh tersebut.
Dan mengapa Doktor memohon supaya orang awam berhati-hati dengan bomoh tulang.
Tidak juga dipastikan adakah objek yang dibulatkan itu adalah jarum susuk seperti yang didakwa.
Apakah bomoh tersebut membuat rawatan tanpa persetujuan pesakit?
Jika rawatan moden boleh tanam besi pada tulang kenapa rawatan tradisional tidak boleh menanam besi (jarum)?
Sekian, laporan untuk suka-suka.