TIPS MUDAH BERSALIN ELAK KOYAK SEMASA MENERAN BAGI IBU MUDA KALI PERTAMA

BLogTips
0
Mommy punya due tak lama lagi? Mesti seriau dok fikir apa yang bakal terjadi kat dalam LR nanti kan?

Ni sedikit tips untuk memudahkan bersalin 👇🏻👇🏻

1. Sentiasa basahkan lidah dengan selawat, zikir dan doa Nabi Yunus (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin).
.
2. Setiap kali sakit contraction cuba tenangkan fikiran. Jangan fikir kesakitan tu sangat. Tarik nafas panjang2 dan hembus perlahan. Try to be positive. Kalau boleh gurau-gurau senyum ketawa dengan suami, bidan dan doktor.


3. Minta maaf dengan suami dan mak yang melahirkan kita. Minta mereka doakan kita.
.
4. Bila tiba time nak teran, kumpul segala tenaga yang ada. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sakit sembelit teruk.
.
5. Hanya teran bila kita rasa sakit. Jangan terus teran kalau tak sakit, nanti akan menyebabkan koyak besar.
.
6. Jangan hembus nafas masa meneran. Curi nafas pun curi laju-laju. Kalau boleh teran, terus teran habis-habisan selama mana yang boleh (kalau banyak kali sangat nanti hilang tenaga).
.
7. Dagu cecah ke dada dan mata pandang kat perut. Pastikan mata terbuka. (Mata yang tertutup dikhuatiri boleh menyebabkan buta disebabkan urat yang banyak terputus).
.
8. Kedua-dua tangan pegang kaki atau handle/pemegang katil. (Nak pegang tangan suami memang tak dapat lah. Tu pasal suami yang kene usap dan pegang tangan isteri sebagai sumber kekuatan. Mujarab tau ni!)
.
9. Teran tanpa suara dan mulut tertutup. Jangan menjerit atau menangis sebab ianya akan hilangkan tenaga.
.
10. Jangan sesekali angkat punggung.
.
11. Masa nak jahit tu, pastikan doktor ada bius. Kalau tak bius sakit tau. Takut tertendang pulak doktor tu. Hihi
.
.
Ok, tu je kot dari admin. Kalau mommy ada nak tambah boleh share kat komen ya.

Pssst, mommy yang dah nak dekat due tu boleh dah practise. Goodluck ya. 😉

Admin doakan mommy dan anak yang bakal dilahirkan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Aaaminnn yra. 😘

#SHARE untuk manfaat bersama.

#TAG isteri dan sahabat anda yang bakal melahirkan. 🤰🏻
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)