JENAZAH KANAK-KANAK YANG DITINGGALKAN DALAM KENDERAAN DIKEBUMIKAN

BLogTips
0
AL-FATIHAH buat kamu anak Syurga..😥😥

Jenazah Kanak-kanak Ditinggal Dalam Kenderaan, Dikebumikan

Jenazah adik Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, dua tahun, kanak-kanak malang yang meninggal dunia selepas ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama empat jam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kemang kira-kira jam 7:30 malam semalam.


Jenazah sebelum itu disembahyangkan di kediaman ibu bapanya di Teluk Kemang, Port Dickson.

Hampir 100 ahli keluarga terdekat dan rakan sekerja ibu mangsa turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan berkenaan.

Dalam kejadian 1 tengah hari semalam, mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas selepas ditinggalkan ibunya dalam kereta di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Batu Tiga Port Dickson.

Mangsa kemudianya di bawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan meninggal dunia.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)