POST TERBARU

Recent Posts Widget

RESEPI NASI TOMATO YANG MENYELERAKAN UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN


RESEPI NASI TOMATO

Bahan nasi:

4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya


Bahan ayam masak merah:

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato
Bahan acar
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula

Cara Membuat:

1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.
5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang

Like & Share